PERHATIAN!!!.....

PERHATIAN!!!........
            Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu telah dianugerahkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010 dan sedang memohon untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.Salah satu daripada criteria penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi adalah Tokoh / Negarawan yang pernah bersekolah di sekolah ini.
            Tokoh / negarawan berkenaan meliputi pelbagai bidang seperti bidang akademik, politik, korporat, sukan dan sebagainya. Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kepada semua bekas pelajar Sekolah Kebangsaan seri Wakaf Bharu ( dahulu dikenali sebagai SRK Wakaf Bharu ) agar tampil untuk membantu kami mendapatkan taraf Sekolah Berprestasi Tinggi ini.
            Tuan/Puan/Dato/Datin, hany perlu menyatakan maklumat sebagaimana berikut dan diemailkan ke alamat email kami : skseriwakafbharu@gmail.com
            i) Nama penuh
            ii) Gambar ( jika ada )
            iii) Pencapaian tertinggi dalam kerjaya
            iv) Tahun bersekolah di SK Seri Wakaf Bharu
Sumbangan Tuan/Puan/Dato/Datin amat besar bagi kami dan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

No comments :

Post a Comment